Ahad, 31 Julai 2016

Pembahagian Input Pertanian Dun Kemuning

Alhamdullilah, selesai pembahagian Input pertanian DUN Kemuning pada 26.7.2016, yang terdiri 30 orang penerima, terbahagi kepada 29 orang menerima anak ayam dan 1 orang menerima anak ikan.

Mereka ini terdiri daripada penternak dalam kawasan DUN Kemuning, Program ini adalah bantuan tahunan. Kerajaan Negeri Kelantan
memperuntukan RM 12,000.00 setahun bagi program tersebut, bantuan ini sebagai galakan dari kerajaan untuk rakyat yang berminat dalam mengusahakan kegiatan pertanian di tempat masing-masing.

Rabu, 27 Julai 2016

Tabung Serambi Mekah

Akaun Amanah Kebajikan Darul Naim ini dikenali juga dengan Tabung Serambi Mekah telah ditubuhkan dengan rasminya pada Febuari 1991 dibawah Seksyen 9(1) dan 9(3) Akta Acara Kewangan 1957 (disemak 1972)

Dibawah dasar Membangun Bersama Islam, Kerajaan Negeri Kelantan menubuhkan tabung ini dengan matlamat untuk membantu individu dan orang ramai khasnya mereka yang miskin, daif, mereka yang ditimpa malapetaka, bencana alam, penyakit kronik dan lain-lain. Tabung ini juga bermatlamat menampung kos projek infrastruktur bagi kesejahteraan rakyat.

Objektif Penubuhan

1. Memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa bencana seperti kebakaran, ribut, tanah runtuh, hakisan, banjir dan lain-lain.

2. Membantu golongan miskin, uzur dan daif seperti membaiki rumah, rawatan perubatan (kronik) dan lain-lain.

3. Menyediakan kemudahan asas/Infrastuktur untuk kemudahan rakyat seperti menyelenggara jalan dan lain-lain.

Sumber Kewangan

1. Wang tabung boleh terdiri daripada hadiah atau sumbangan berupa keuntungan, sedekah dan lain-lain, daripada hasil pemberian orang ramai, organisasi, persatuan, yayasan, firma atau koperasi.

2. Sumber wang tidak halal juga diterima dan diasingkan daripada sumber wang halal, contoh riba atau hasil judi.

Penggunaan Wang

a. Sumber halal digunakan untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan.

b. Sumber tidak halal digunakan untuk membiayai program-program dan projek-projek infrastruktur dan kemudahan asas sahaja.


Penyampaian bantuan Tabung Serambi Mekah oleh YB. Ustaz Haji Mohd Roseli, ADUN Kemuning bersama Penghulu Mukim Encik Rashid Ghazali dan rombongan kepada mangsa kebakaran di Kampung Gutung, Ulu Sat, Machang. Kebakaran tersebut berlaku pada 28 januari 2014.

Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan

Sejarah Perbadanan

Majlis Pelancaran Program Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan telah disempurnakan Almarhun Tuan Guru Nik Abdul Aziz b. Nik Mat, Dato' Menteri Besar pada 26hb. Januari 2006.

Sejarah Penubuhan

Bagi melaksanakan program tersebut, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan telah ditubuhkan melalui Enakmen No.2 Tahun 2006, setelah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 20hb. dan 21hb. 2006.

Latar Belakang


Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan adalah sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri Kelantan, ditubuh melalui Enakmen N0.2 Tahun 2006 dan diwarta melalui Warta Kerajaan Negeri Jilid 59 No.9 bertarikh 27hb. April 2006 setelah diluluskan oleh Dewan Negeri pada 21hb. Febuaari 2006, setelah berkuatkuasanya, pejabat Perbadanan telah berpindah ke Bangunan Kerajaan di JKR 273-N, Jalan Raja Dewa, Kota Bharu iaitu pada 11 Jun 2006. Selepas dua berada dibangunan tersebut, Perbadanan telah berpindah dibangunan barunya, pada 6 januari 2009, Kompleks Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.


Tujuan utama penubuhannya adalah bagi memenuhi hasrat dan matlamat Kerajaan Negeri Kelantan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk dan sosio-ekonomi Negeri Kelantan.

Al-Itaam Kelantan


Al-Itaam adalah bantuan beras percuma untuk rakyat Kelantan yang terdiri daripada warga tua, orang kurang upaya, anak yatim dan golongan miskin. Skim ini dioperasikan oleh Kerajaan kelantan diseluruh DUN dalam Negeri Kelantan adalah untuk membantu meringankan beban rakyat yang amat memerlukan bantuan dan pembelaan tambahan dikala kenaikan harga barangan.


Barangan keperluan lain selain beras 


Warga non muslim sedang menerima beras dan barangan keperluan lain.

Permulaan Kerajaan Kelantan telah memperuntukan sebanyak RM 1.5 juta pada 2010, Pelancaran rasmi pada Febuari 2011. Pada peringkat awal 100 orang disetiap DUN menerima beras percuma, dan sekarang telah ditingkatkan peruntukan kepada RM 3 juta setahun.


YB Ustaz Mohd Roseli selaku ADUN mengucapkan terima kasih pada penduduk DUN Kemuning kerana menyokong program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.

Selasa, 26 Julai 2016

Skim Takaful Kifaalah Warga Emas

Syarikat Kifaalah Sdn. Bhd ditubuhkan pada 28 hb Mac 2007, yang dipertanggong jawab bentuk jentera penggerak kepada program Skim Takaful Kifaalah warga, Dimiliki sepenuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan ( PMBK ).

Skim Takaful Kifaalah Warga Emas adalah produk skim takafur PERCUMA yang ditawarkan oleh Kifaalah Sdn. Bhd. Skim ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ia terbuka untuk disertai oleh seluruh rakyat Kelantan lelaki dan perempuan yang berumur tahun keatas.

Rakyat negeri lain yang berumur 60 tahun yang bermastautin di Kelantan juga layak menyertai skim ini.

Faedah Keahlian:-

Khairat kematian sebanyak RM 1500.00
( Bayaran pendahuluan selepas berlakunya kematian sebanyak RM 500 dan RM 1000 seterusnya )

Cara Mendaftar:-

1. Muat turun borang pendaftaran Skim Takaful Kifaalah Warga Emas dari web.kifaalah.com.my atau dari penghulu kampung/mukim anda.

2. Sediakan salinan fotostat diri dan penama.

3. Isi borang maklumat diri dan penama didalam borang Skim Takaful Kifaalah Warga Emas.

4. Serah borang yang telah lengkap diisi kepada penghulu kampung/mukim anda.



Maklumat berkaitan

Semenjak beroperasi pada tahun 2007, Kifaalah Warga Emas telah membayar hampir RM 70 juta kepada waris. Sehingga sekarang lebih 155000 orang warga emas telah mendaftar, dan kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM 7 juta bagi agihan kepada wasi dalam bujet 2016.

Isnin, 25 Julai 2016

Skim Gerbang Az-Ziwaaj

Skim Gerbang Az-Ziwwaj adalah satu skim / saguhati khas kepada pasangan pengantin baru yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menuju Negeri Berkebajikan.

Apakah bentuk pemberian yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ?

Bentuk pemberian yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri adalah berbentuk wang tunai bernilai Ringgit Malaysia Satu Ribu dalam bentuk cek ( atas nama calon ) diberikan kepada calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat kelayakan bagi memohom skim ini adalah seperti berikut:

1) Pemohon mestilah LELAKI sahaja
2) Warganegara Malaysia sahaja
3) Rakyat Kelantan yang dilahirkan di Kelantan ( no. kad pengenalan 03@29 )

atau dapat membuktikan telah bermastautin di Kelantan melebihi 15 tahun
4) Pendapatan bulanan pemohon hendaklah tidak melebihi RM 700.00 sebulan
5) Perkahwinan yang pertama sahaja
6) Pemohon mestilah tergolong dalam kategori miskin dan perlu dibantu ( mengikut kriteria dan budi bicara negeri )
7) Permohonan mestilah disertai sijil-sijil dan dokumen yang disahkan iaitu salinan kad pengenalan, permohonan untuk kebenaran berkahwin (Borang 1) dan 1 keping gambar berukuran passport
8) Kerajaan berhak menarik balik kelulusan, jika maklumat yang diberikan adalah tidak benar
9) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan di Pejabat Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Blok 7, Komplek Kota DarulNaim. 15503 Kota Bharu. Kelantan, sekurang-kurangnya SEBULAN SEBELUM TARIKH PERKAHWINAN. Borang yang lewat diterima TIDAK AKAN DIPROSES

Cara memohon adalah dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di:

a) Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri
b) Kaunter Khidmat Pelanggan Kota Darul Naim

Bantuan Rumah

Kesusahan hidup sebuah keluarga yang terpaksa berhimpit dalam rumah usang di Kampong Ayer Merah, Machang mendapat perhatian Kerajaan Negeri Kelantan, dengan membina rumah baru untuk mereka, YB Ustaz Haji Roseli ADUN kemuning berkata tersebut dijangka siap dalam masa 2 bulan lagi.