Rabu, 27 Julai 2016

Tabung Serambi Mekah

Akaun Amanah Kebajikan Darul Naim ini dikenali juga dengan Tabung Serambi Mekah telah ditubuhkan dengan rasminya pada Febuari 1991 dibawah Seksyen 9(1) dan 9(3) Akta Acara Kewangan 1957 (disemak 1972)

Dibawah dasar Membangun Bersama Islam, Kerajaan Negeri Kelantan menubuhkan tabung ini dengan matlamat untuk membantu individu dan orang ramai khasnya mereka yang miskin, daif, mereka yang ditimpa malapetaka, bencana alam, penyakit kronik dan lain-lain. Tabung ini juga bermatlamat menampung kos projek infrastruktur bagi kesejahteraan rakyat.

Objektif Penubuhan

1. Memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa bencana seperti kebakaran, ribut, tanah runtuh, hakisan, banjir dan lain-lain.

2. Membantu golongan miskin, uzur dan daif seperti membaiki rumah, rawatan perubatan (kronik) dan lain-lain.

3. Menyediakan kemudahan asas/Infrastuktur untuk kemudahan rakyat seperti menyelenggara jalan dan lain-lain.

Sumber Kewangan

1. Wang tabung boleh terdiri daripada hadiah atau sumbangan berupa keuntungan, sedekah dan lain-lain, daripada hasil pemberian orang ramai, organisasi, persatuan, yayasan, firma atau koperasi.

2. Sumber wang tidak halal juga diterima dan diasingkan daripada sumber wang halal, contoh riba atau hasil judi.

Penggunaan Wang

a. Sumber halal digunakan untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan.

b. Sumber tidak halal digunakan untuk membiayai program-program dan projek-projek infrastruktur dan kemudahan asas sahaja.


Penyampaian bantuan Tabung Serambi Mekah oleh YB. Ustaz Haji Mohd Roseli, ADUN Kemuning bersama Penghulu Mukim Encik Rashid Ghazali dan rombongan kepada mangsa kebakaran di Kampung Gutung, Ulu Sat, Machang. Kebakaran tersebut berlaku pada 28 januari 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan