Khamis, 22 September 2016

Buletin Kemuning: Skim Gerbang Az-Ziwaaj

Buletin Kemuning: Skim Gerbang Az-Ziwaaj: Skim Gerbang Az-Ziwwaj adalah satu skim / saguhati khas kepada pasangan pengantin baru yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi...

Selasa, 9 Ogos 2016

Jejak Tokoh/ Al-Syahid Dr. Syeikh Muhammad Ramadhan Al Buti

Dr. Syeikh Muhammad Ramadhan al-Buti berasal dari Buthan, satu wilayah Anadul, yang kini terletak dibawah negara Turki, Empat tahun berada disana, bapanya berhijrah dan membawanya menetap di Kota Damsyiq. Ibu beliau meninggal dunia ketika usianya 13 tahun,

Menjadi kelaziman para ulama menekuni ilmu sejak dari kecil lagi, begitu juga dengan Syeikh Al-Buti. Beliau telah menghafaz al-Quran pada usia 6 tahun, dikatakan beliau telah mengkhatamkan al-Quran dalam masa hanya 6 bulan.

Kebolehan dan kepintaran Syeikh Al-Buti hingga setelah beliau dihantar ke Mesir oleh gurunya Syeikh Habannakah. Ketika itu Syeikhul Azhar dipimpin oleh Allamah Khidir Husin, lantas menulis surat kepada Syeikh Hasan Habannakah antara lain berkata " Sesungguhnya kamu menghantar kepada kami tuan-tuan guru dan bukan menghantar kepada kami pelajar-pelajar "


Ketika berada di sana, beliau sempat berguru dengan ramai ulama Azhar ysng tersohor pada masa itu, sehinggalh beliau pulang kembali ke Kota Damsyiq pada tahun 1955, Beiau pernah dilantik sebagai pensyarah di Unversiti Damsyiq pada tahun 1960 dan kemudian menyambung pelajaran keperingkat Ph.D dalam bidang usul feqah serta menamatkannya pada tahun 1965.

Selepas itu, beliau kembali berkidmat dan pada tahun 1975, beliau dilantik menjadi wakil kuliah, seterusnya pada tahun 1977, beliau menjadi Dekan dan juga Ketua bahagian Akidah Dan Agama. Walaupun sibuk dengan pengajaran secara formal di universiti, Syeikh begitu prihatin dengan pelajaran di masjid.

Syeikh Al-Buti berkahwin dalam usia yang amat muda, iaitu 18 tahun dan mempunyai 7 orang anak, 6 lelaki dan 1 perempuan, antara anaknya yang terkenal ialah Dr. Taufiq Ramadan A-Buti yang dianggap sebagai penggantinya.

Cabang Dakwah

Bila dikaitkan nama Al-Buti, maka terbayang kepada kita dengan kitabnya yang terkenal Fiqh Sirah, pun begitu banyak kitab-kitabnya yang lain, yang menjadi rujukan pemikir Islam yang sezaman dengan beliau hinggalah sekarang ini pun.Antaranya Syarah Hikam, Al-Jihad Fi Al-Islam, Mashurat Ijitimaiyyah dan banyak lagi

Beliau juga aktif berdakwah didalam siaran radio dan televisyen antara siarannya ialah saluran Syam, saluran angkasa suria, saluran Iqra' dan lain-lain lagi.

Pemikiran Dan Pendapatnya

Dikatakan Syeikh Al-Buti adalah dari golongan yang berpegang teguh kepada  Mazhad Ahlus Sunah Wal Jamaah berdasarkan manhaj syairah.

Dari sudut politik pula, beliau begitu selesa dengan Presiden Syria pada ketika itu, Hafiz Asad, Natijahnya, beliau pernah meminta Presiden membebaskan ramai tahanan dan juga membaiki Maahad Syarie serta memberi ruang pada buku-buku Islam.

Anugerah

Seperti Ulama yang lain, Syeikh Al-Buti juga diberi penghargaan dan anugerah oleh negara Islam, antaranya

  • Tokoh Dunia Islam di Dubai pada tahun 2004.
  • Tokoh Paling Berpengaruh yang berada pada keedudukan 27 daripada 500 yang terkenal di dunia pada tahun 2012.
Ijihadnya Dan Penolakan Ulama

Apabila tercetusnya kebangkitan rakyat Syria bermula pada tahun 2011, maka ketika itu Syeikh Al-Butti begitu tegas melarang rakyat Syria keluar menentang pemerintah, Dan pendapat Syeikh Al-Buti ini ditentang oleh ramai ulama Islam termasuklah Fadilatu Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi dan ulama-ulama dari Arab Saudi, Mesir, Yaman Libya dan lain-lain. Dari Dr. 'Aidh Al-Qarni berkata lebih daripada 500 ulama berfatwa, harus keluar daripada pemerintahan rejim Basyar Asad.

Kematian Syeikh Al-Buti

Syeikh Al-Buti menghadapi banyak tribulasi termasuk kematiannya yang penuh tragis. Beliau telah dibunuh pada hari khamis malam jumaat, 21 Mac 2013 bersamaan 19 Jamadil Awal 1434 Hijrah, ketika sedang memberi pengajian agama di Masjid Al-Iman, Damsyiq. Beliau terbunuh melalui letupan bom yang telah membawa kematian seramai 42 orang termasuk cucunya dan 84 yang lain cedera.

Jenazahnya dikebumikan pada hari sabtu 23 mac 2013, dan disolatkan puluhan ribu rakyat Syria di Masjid Umawi dan kemudian dikebumikan bersebelahan dengan makam Salahuddin Al-Ayubi berhampir Masjid Umawi.

Mengikut Syeikh Muhammad Abu Al-Huda Al-Ya'kubi dari pihak rakyat yang menentang rejim Asad berkata bahawa Syeikh Al-Buti bercadang untuk meninggal rejim Asad dan berniat untuk mengiklankan mauqif serta pendiriannya terhadap rejim Asad.

Berita tentang Syeikh Al-Buti dan keluarga untuk keluar daripada bumi Syria telah tersebar sebelum Syeikh Al-Buti dibunuh.

Selepas kematiannya ramai tokoh ulama dan juga badan tertinggi agama seperti Al-Azhar menyampaikan takziah atas kematiannya dan tidak kurang pula menganggapnya mati syahid. Ini kerana kematian beliau:

  • Selepas melakukan solat maghrib
  • ketika di dalam masjid
  • Ketika sedang mengajar tafsir
  • Ketika membaca al-Quran
  • Dalam keadaan berwuduk
Justeru beliau digelar sebagai Syahidul Mihrab, Semoga Allah SWT mengampunkannya dan menempatkannya di tempat para syuhada. Amin.

Akademi Al-Quran

Alamat Akademi Al-Quran

Akademi Al-Quran adalah kelas pengajian Al-Quran secara percuma yang diilham oleh YB. Ustaz Haji Mohd Roseli Ismail, Adun Kemuning, Yang ditubuhkan pada 2.3.2014.

Ustaz Mamat Yussof Pengurus Akademi Al-Quran

Secara asasnya penubuhan Akademi Al-Quran ini memberi peluang kepada warga penduduk disekitar bandar Machang dan secara amnya untuk umat Islam, yang ingin mempelajari dan mendalamikan lagi ilmu-ilmu serta keadah membacaan yang betul.

Kelas Pengajian

Semenjak dibuka sehingga sekarang Akademi Al-Quran mempunyai pelajar yang berdaftar seramai lebih 150 orang. dan mempunyai seramai 10 tenaga pengajar dalam satu-satu masa, Ia juga mempunyai seorang pengurus sepenuh masa, Ustaz Mamat Yussof.

Akademi Al-Quran menyediakan pengajaran secara talaki dan musyafasah iaitu belajar secara berdepan dengan guru, dan akedemi mepunyai seramai 30 pelajar dalam setiap masa.

Waktu Kelas

Setiap hari Ahad hingga Khamis. kelas belajar membaca Al-Quran

9.30 pagi - 1.00 tengahari bagi wanita
9.30 malam - 11.00 malam bagi lelaki

Setiap hari sabtu, 9.30 pagi  hingga 12.00 tengahari Kelas pengajian tajjwid bagi wanita

Setiap hari rabu. 11.00 pagi hingga 1.00 petang Kelas Taranun

Organisasi Akademi Al-Quran

Penasihat: YB. Hj. Mohd Roseli b. Ismail
Pengurus: Ustaz Mamat b. Yussof
Setiausaha: Puan Robiah bt. Mat Yusof
Bendahari: Zainab bt. Daud

Selain dari kelas pengajian Al-Quran, Akademi juga mengadakan ceramah motivasi keluarga.






 Motivasi Keluarga

Jamuan Hari Raya


Untuk maklumat lanjut dan pengambilan pelajar baru sentiasa dibuka, sila hubungi
Ustaz Mamat Yussof di nombor talefon
0111 49149119

Jumaat, 5 Ogos 2016

Taskirah Almarhum Tok Guru Nik Aziz


"Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati, ada Allah SWT sedang memantau. Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa. Tanpa keyakinan ini, manusia akan hilang 'brek'. Kalau kereta hilang brek, ia akan terjun gaung, tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun Neraka."

- 'Bertemu Janji Allah Jilid 2'

“Jahil adalah penyakit kanser merbahaya yang menular dalam tubuh manusia. Bahayanya jahil ini boleh membawa syirik kepada Allah. Seperti mana penyakit kanser ada pencegahnya, begitu juga jahil ada pengubatnya. Pengubat bagi penyakit jahil adalah al-Quran dan as-Sunnah.”

- Hikam Tok Guru Siri 3 (2008)

“Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah."

- sayangislam.com (2009)

“Jika kereta rosak, mekanik yang akan membaikinya. Jika tubuh badan bermasalah, doktor yang akan mengubatinya. Jika kehidupan manusia bermasalah, maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk. Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syariat Allah bila berdepan dengan masalah."

- Komik Tazkirah Tok Guru (2015)

"Orang yang putus hubungan dengan Tuhan seperti wau yang putus tali. Walaupun wau yang putus tali mungkin nampak hebat, ke kiri, ke kanan dan terbang tinggi ditiup angin namun itu tidak lama, ia akan jatuh. Berbanding dengan wau yang bertali, ia terkawal dengan tali yang mengikatnya. Begitu juga bandingan manusia yang putus hubungan dengan Tuhan dengan manusia yang terikat dengan Tuhan."

- Ucapan di Medan Ilmu, 12 Febuari 2010

Khamis, 4 Ogos 2016

Yahudi kuasai Dunia/ bhg 1

Al-Baqarah:120

" sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka "

Pengarang dengan rendah hati ingin berkongsi dengan tuan/puan tentang kelicikan Yahudi untuk kuasai dunia, seolah-olahnya tidak akan berlakukan kekalutan dan kemusnahan pada alam atau kehidupan manusia jika tiada campur tangan Yahudi.


Segmen ini dibuat khas untuk menjadi pengetahuan kepada kita khasnya umat Islam tentang Yahudi dan dunia baru ciptaan mereka. Dan pengarang berharap kepada Allah swt diberi kesempatan masa  untuk sama kita berkongsi maklumat yang berguna, sebagai benteng untuk kita mengharungi perjalanan hidup ini.

Bangsa Yahudi ialah bangsa yang memiliki sejarah yang panjang dan keunikan sejarah bangsa mereka terletak pada proses tebaran bangsanya ke serata dunia. Proses ini dipanggil diaspora.

Proses diaspora yang panjang ini menyaksikan pelbagai catatan suka dan duka bangsa ini. mereka pernah mengecapi kemewahan dan mengutip kekayaan melebehi bangsa tempatan. Mereka juga pernah terseksa ditindas kerana kebencian dan tidak puas hati oleh bangsa tempatan. Malah mereka turut pernah menjadi bangsa kelas kedua dengan menjadi hamba.


Secara ringkasnya bangsa Yahudi dibahagikan kepada 3 kategori

YAHUDI ASHKENAZI

  • Juga dikenali sebagai Yahudi Khazar.
  • Berasal dari wilayah Khazaria dan Eropah Timur.
  • Paling ramai di Eropah
  • Penduduk majoriti di Israel
  • Bukan dari keturunan Bani Israel
  • Pendita Yahudi Ashkenazi banyak memberi tumpuan mengkaji Kitab Talmud dan menghuraikannya secara terperinci
  • Penyokong Zionisme
YAHUDI SEPHARDI
  • Keturunan Bani Israel
  • Yahudi ke-2 di Israel
  • Ramai yang telah berhijrah ke Sepanyol dan Portugal kemudian dihalau keluar semasa proses diaspora
  • Antara sasaran penghapusan etnik oleh Yahudi Ashkenazi

YAHUDI MIZRAHI
  • Sama dengan Yahudi Sephardi
  • Menetap di negara-negara Arab dan Islam seperti Mesir, Iran, Iraq, India dan Pakistan
  • penduduk minoriti di Israel


Boney M adalah Yahudi dari Afrika yang mempopularkan lagu propaganda Yahudi River Of Babylon yang menjadi siulan anak muda ketika masa dahulu.

Rabu, 3 Ogos 2016

Lawatan Di Rumah Pesakit Kronik


Keratan Akhbar Sinar Harian

Alhamdullilah, kami berterima kepada Sinar Harian keluaran hari ini, 3 Ogos 2016, kerana menyiarkan berita tentang keluarga saudara kita Hazizan Mat , 38, mengenai isterinya Rohani Rashid, 38, yang menghadapi penyakit kronik iaitu bengkak hati dan terpaksa berhenti kerja. Walaupun berita ini agak lewat keluar dalam akhbar berkenaan,


Bantuan Baiki Rumah Sumbangan ADUN Kemuning

Seawal tahun 2015, pihak kami DUN Kemuning telah mengambil perhatian serius tentang keluarga saudara kita Hazizan, dan kita berharap keluarga ini mendapat keredhaan Allah sepanjang masa dengan ujian-ujian ini. Dipihak YB. Ustaz Mohd Roseli b. Ismail ADUN Kemuning mendoakan keluarga ini diberi kekuatan dan limpahan kebaikan.


Sepanjang perhatian pihak YB Ustaz Li dan keperihatinan DUN Kemuning, Pihak YB telah memberi bantuan baiki rumah sebanyak RM 10,000 dan pelbagai bantuan asas.


Selain daripada sakit yang dihadapi oleh Puan Rohani Rashid, kedua-dua anaknya juga menghadapi penyakit kronik yang hampir sama iaitu Muhammad DanilaHazrin Hazizan, 10. disahkan mengalami masalah limpa dan Muhammad Danish Aiman, 5, masalah usus dan barah gusi. Pihak DUN juga sedang mencari alternatif yang sesuai bagi mendapatkan bantuan dari Kerajaan Negeri kelantan.