Selasa, 9 Ogos 2016

Akademi Al-Quran

Alamat Akademi Al-Quran

Akademi Al-Quran adalah kelas pengajian Al-Quran secara percuma yang diilham oleh YB. Ustaz Haji Mohd Roseli Ismail, Adun Kemuning, Yang ditubuhkan pada 2.3.2014.

Ustaz Mamat Yussof Pengurus Akademi Al-Quran

Secara asasnya penubuhan Akademi Al-Quran ini memberi peluang kepada warga penduduk disekitar bandar Machang dan secara amnya untuk umat Islam, yang ingin mempelajari dan mendalamikan lagi ilmu-ilmu serta keadah membacaan yang betul.

Kelas Pengajian

Semenjak dibuka sehingga sekarang Akademi Al-Quran mempunyai pelajar yang berdaftar seramai lebih 150 orang. dan mempunyai seramai 10 tenaga pengajar dalam satu-satu masa, Ia juga mempunyai seorang pengurus sepenuh masa, Ustaz Mamat Yussof.

Akademi Al-Quran menyediakan pengajaran secara talaki dan musyafasah iaitu belajar secara berdepan dengan guru, dan akedemi mepunyai seramai 30 pelajar dalam setiap masa.

Waktu Kelas

Setiap hari Ahad hingga Khamis. kelas belajar membaca Al-Quran

9.30 pagi - 1.00 tengahari bagi wanita
9.30 malam - 11.00 malam bagi lelaki

Setiap hari sabtu, 9.30 pagi  hingga 12.00 tengahari Kelas pengajian tajjwid bagi wanita

Setiap hari rabu. 11.00 pagi hingga 1.00 petang Kelas Taranun

Organisasi Akademi Al-Quran

Penasihat: YB. Hj. Mohd Roseli b. Ismail
Pengurus: Ustaz Mamat b. Yussof
Setiausaha: Puan Robiah bt. Mat Yusof
Bendahari: Zainab bt. Daud

Selain dari kelas pengajian Al-Quran, Akademi juga mengadakan ceramah motivasi keluarga.






 Motivasi Keluarga

Jamuan Hari Raya


Untuk maklumat lanjut dan pengambilan pelajar baru sentiasa dibuka, sila hubungi
Ustaz Mamat Yussof di nombor talefon
0111 49149119

Tiada ulasan:

Catat Ulasan