Rabu, 3 Ogos 2016

Lawatan Di Rumah Pesakit Kronik


Keratan Akhbar Sinar Harian

Alhamdullilah, kami berterima kepada Sinar Harian keluaran hari ini, 3 Ogos 2016, kerana menyiarkan berita tentang keluarga saudara kita Hazizan Mat , 38, mengenai isterinya Rohani Rashid, 38, yang menghadapi penyakit kronik iaitu bengkak hati dan terpaksa berhenti kerja. Walaupun berita ini agak lewat keluar dalam akhbar berkenaan,


Bantuan Baiki Rumah Sumbangan ADUN Kemuning

Seawal tahun 2015, pihak kami DUN Kemuning telah mengambil perhatian serius tentang keluarga saudara kita Hazizan, dan kita berharap keluarga ini mendapat keredhaan Allah sepanjang masa dengan ujian-ujian ini. Dipihak YB. Ustaz Mohd Roseli b. Ismail ADUN Kemuning mendoakan keluarga ini diberi kekuatan dan limpahan kebaikan.


Sepanjang perhatian pihak YB Ustaz Li dan keperihatinan DUN Kemuning, Pihak YB telah memberi bantuan baiki rumah sebanyak RM 10,000 dan pelbagai bantuan asas.


Selain daripada sakit yang dihadapi oleh Puan Rohani Rashid, kedua-dua anaknya juga menghadapi penyakit kronik yang hampir sama iaitu Muhammad DanilaHazrin Hazizan, 10. disahkan mengalami masalah limpa dan Muhammad Danish Aiman, 5, masalah usus dan barah gusi. Pihak DUN juga sedang mencari alternatif yang sesuai bagi mendapatkan bantuan dari Kerajaan Negeri kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan